Saturday, March 20, 2021

Tentang Saya

TENTANG SAYA


Hi, nama saya Puan Hajjah Tetty Henney Zulkifli. Saya adalah pengamal kaunseling lulusan University Malaya jurusan kaunseling pengkhususan dalam arena psikologi. Saya sangat meminati dalam bidang menolong, membimbing dan memperkasa terutamanya kepada kaum wanita dan gadis. Semenjak di bangku sekolah rendah lagi, saya suka menasihati, membantu kerja sekolah dan memberi rawatan refleksologi kepada kawan-kawan perempuan yang rapat. Sehingga meniti ke sekolah menengah saya ringan tulang dan sangat pemurah dalam berkongsi ilmu pengetahuan, saya membuka mini kelas bimbingan(tuisyen class) di dalam rumah secara percuma kepada rakan-rakan junior sekolah dalam menyiapkan tugasan, kerja sekolah dan persediaan menghadapi peperiksaan.


Kini saya menjawat jawatan Presiden dan Pengasas kepada Pertubuhan Wanita Dalam Urustadbir & Teknologi Malaysia (WIGTA). Saya banyak berjumpa dengan wanita sepanjang mentadbir dan mengurus pertubuhan sejak dari tahun penubuhan iaitu pada 2015 sehingga sekarang. Kebanyakan wanita suka dibantu. Bantuan yang saya berikan dalam pelbagai bentuk samada secara fizikal, kerohanian dan material. Saya mendalami bidang kaunseling psikologi pada masa yang sama saya menguruskan pertubuhan wanita. Ternyata teori dan praktikal dalam kaunseling yang dipelajari boleh dimanfaatkan kepada kaum wanita dalam pertubuhan saya dan masyarakat khusus kaum wanita dan gadis. 





Pendidikan dan Pentauliahan

  • Counselling, University Malaya, 2019
  • Certificate Attendance Workshop On Attention Deficit Hyperactive Disorder, Malaysia Mental Health (MMH), 2001
  • Malaysia Delegate, Southeast Asia Women's Mental Health Conference 2021 In Conjunction With Mental Health Day








Jenis Masalah Mental Yang Boleh Ditangani



Jenis Masalah Mental Yang Boleh Kami Tangani:


1. Depression

2. Anxiety

3. Bipolar Disorder

4. Post Traumatic Stress Disorder

5. Schizophrenia

6. Eating Disorder

7. Disruptive Behavior and Dissocial Disorders

8. Attentive Deficit Hyperactive Disorder(ADHD)



Jenis Perkhidmatan Kaunseling Yang Ditawarkan




Jenis Perkhidmatan Kaunseling Yang Ditawarkan





1. Kaunseling Keluarga

2. Kaunseling Kerjaya

3. Kaunseling Rumahtangga

4. Kaunseling Sumber Manusia

5. Kaunseling Industri

6. Kaunseling Kanak-kanak dan Remaja

7. Kaunseling Kanak-Kanak Lemah Pembelajaran


Klien boleh memilih untuk mengikuti sesi kaunseling teraputik secara:

1. individu

2. berkumpulan


Klien juga boleh memilih samada menggunakan dua jenis bahasa semasa sesi kaunseling seperti:

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Bahasa Melayu diselang seli dengan Bahasa Inggeris


Hubungi Jika Perkhidmatan Kaunseling Saya Boleh Membantu


Hubungi Jika Perkhidmatan Kaunseling Saya Boleh Membantu Anda


Hubungi di sini atau emel di noma.swo@gmail.com untuk menetapkan tarikh penjadualan sesi kaunseling bersama saya.


Kami juga menawarkan perkhidmatan kaunseling secara online di Zoom Meeting atau Google Meet.

Menyokong dan Memupuk Tingkah Laku Beretika di Kalangan Profesional Kesihatan Mental


Menyokong dan Memupuk Tingkah Laku Beretika di Kalangan Profesional Kesihatan Mental


Tingkah laku beretika dalam kalangan profesional kesihatan mental adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan dan integriti komuniti terapeutik. Dengan mematuhi prinsip seperti mengelakkan plagiarisme, mengelakkan gosip, dan menghormati sempadan, ahli terapi boleh memupuk budaya profesionalisme, rasa hormat dan keterangkuman dalam bidang tersebut. Menegakkan piawaian etika bukan sahaja memberi manfaat kepada profesion tetapi juga akhirnya meningkatkan kesejahteraan pelanggan yang kami layani.