"Dia pelajar pandai tak mungkin dia buli anak puan...."
......apabila membaca berita tentang buli, jari jemari saya sentiasa terpanggil untuk berkongsi kisah yg pernah berlaku pada anak perempuan kami semasa berusia 7 tahun lebih kurang dua puluh tahun dahulu.
kerana tidak mahu mengikut kata & meneruskan operandinya untuk mencuri & menyorok barang-barang curi, anak kami telah dibawa ke tandas oleh pelaku rakan sekelasnya untuk mengugut lalu telah mencekik leher anak saya kerana anak saya cuba membantah suruhannya...
entah apa lagi yg berlaku dalam tandas sekolahnya pada ketika itu...
bila fikir semula saya & suami bersyukur kerana anak masih bernyawa kerana bayangkan jika pelaku membawa bersamanya senjata seperti gunting kecil atau pisau pemotong kotak
selama satu semester atau enam bulan anak kami merahsiakan perbuatan buli ke atasnya
semenjak kejadian anak saya murung, pendiam, daripada mendapat nombor satu corot ke tempat ke empat puluh dalam kelas, dia tidak aktif, takut dengan pembulinya, malah takut untuk mengadu dengan guru gurunya
hingga hari ini, saya dan suami masih menyimpan rahsia nama pelajar & nama sekolah kerana penolong kanan sekolah enggan mahu mengambil tindakan ke atas pelajar tersebut atas alasan, 'dia pelajar pandai, tak mungkin dia membuli...'
namun kami masih menyimpan hasrat untuk membela nasib anak kami yg tidak dibela oleh guru & sekolahnya, membiarkan pelaku yg mempunyai killer instinct lepas bebas berkemungkinan boleh mencederakan mangsa lain pula, menjadi sebab anak kami tidak menunjukkan prestasi cemerlang daripada Tahun 1-6 & yg paling menyayat hati dia menyebabkan anak kami mangsa kepada gangguan mental & fizikal.
Kami ibu bapa turut terkesan dengan trauma yg berlaku kepada anak perempuan kami. Kisah ini tidak mendapat closure sepenuhnya mengakibatkan kesan trauma jangka panjang masih dirasai.
BAHAGIAN 2
Tragedi Zara Qairina membuka semula parut & luka rakan
seorang ibu yg pernah menanggung sedih, murung dan duka kerana anak perempuan
sekecil 7 tahun telah dibuli oleh seorang rakan kelas dengan memaksa mencuri
barang rakan kelas seperti pensel warna, pensel, beg duit dan lain lain bagi
pihaknya, malah telah meminta anaknya meyimpan semua hasil curi di beg anaknya
berbulan lamanya. Namun modus operandinya tidak lama, sampai satu hari apabila
anaknya tidak dapat memenuhi kehendak dan suruhan pelaku, anaknya telah dibawa
ke tandas sekolah lalu mengugut dan mencengkik leher anaknya di tandas sekolah
mereka atas sebab tidak mahu bersekongkol dengannya.
Anak perempuan tunggal yang manja & ceria bertukar telah bertukar menjadi pendiam, cemas & susut berat badan serta corot dalam peperiksaan daripada menjadi pelajar nombor satu tetapi turun kedudukan ke nombor 40 dalam kelas. Perubahan sikap dikesan oleh bapa anak perempuan. Anak perempuan yang berbulan menyorok rahsia mula menangis teresak esak dengan menyebut nama pelaku yang membulinya ketika dia dijemput pulang dari sekolah. Bayangkan kesengsaraan dan penderitaan dihadapi dalam kelasnya sendiri setiap hari tanpa pengetahuan sesiapa termasuk guru kelasnya.
Peristiwa berlaku lebih 20 tahun di sebuah SK Kebangsaan ..... di Selangor
Kes ditutup & tidak diambil tindakan, malah guru enggan mengambil tindakan kerana ujarnya pelaku pelajar pintar dan bapa seorang dikenali di sekolah tersebut. Ibu mangsa memohon guru memanggil penjaga pelaku ke pejabat namun bapa pelaku gagal dihubungi melalui panggilan telefon.
Akhirnya mangsa tiada pembelaan daripada Penolong Kanan sekolah atas sebab, 'Dia (pelaku) pelajar pandai, tak mungkin dia buli anak Puan...'
Sumber: Kisah Benar

No comments:
Post a Comment