Saturday, March 20, 2021

Tentang Saya

TENTANG SAYA


Hi, nama saya Puan Hajjah Tetty Henney Zulkifli. Saya adalah pengamal kaunseling lulusan University Malaya jurusan kaunseling pengkhususan dalam arena psikologi. Saya sangat meminati dalam bidang menolong, membimbing dan memperkasa terutamanya kepada kaum wanita dan gadis. Semenjak di bangku sekolah rendah lagi, saya suka menasihati, membantu kerja sekolah dan memberi rawatan refleksologi kepada kawan-kawan perempuan yang rapat. Sehingga meniti ke sekolah menengah saya ringan tulang dan sangat pemurah dalam berkongsi ilmu pengetahuan, saya membuka mini kelas bimbingan(tuisyen class) di dalam rumah secara percuma kepada rakan-rakan junior sekolah dalam menyiapkan tugasan, kerja sekolah dan persediaan menghadapi peperiksaan.


Kini saya menjawat jawatan Presiden dan Pengasas kepada Pertubuhan Wanita Dalam Urustadbir & Teknologi Malaysia (WIGTA). Saya banyak berjumpa dengan wanita sepanjang mentadbir dan mengurus pertubuhan sejak dari tahun penubuhan iaitu pada 2015 sehingga sekarang. Kebanyakan wanita suka dibantu. Bantuan yang saya berikan dalam pelbagai bentuk samada secara fizikal, kerohanian dan material. Saya mendalami bidang kaunseling psikologi pada masa yang sama saya menguruskan pertubuhan wanita. Ternyata teori dan praktikal dalam kaunseling yang dipelajari boleh dimanfaatkan kepada kaum wanita dalam pertubuhan saya dan masyarakat khusus kaum wanita dan gadis. 





Pendidikan dan Pentauliahan

  • Counselling, University Malaya, 2019
  • Certificate Attendance Workshop On Attention Deficit Hyperactive Disorder, Malaysia Mental Health (MMH), 2001
  • Malaysia Delegate, Southeast Asia Women's Mental Health Conference 2021 In Conjunction With Mental Health Day








No comments:

Post a Comment